Selamat Datang Rombongan Verifikasi Anugerah Pusat Sumber.

Monday 21 January 2019

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina


KAMI WARGA PSS SK HOLY TRINITY INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA WARGA HOLY YANG MENYAMBUTNYA. GONG XI FATT CHAII. XING NI QUAI LE

Thursday 6 April 2017

Pelancaran KM1M

Perasmian Pelancaran
Tarikh : 04 April 2017
Oleh PK Pentadbiran Pn. Emilysia Chuan

Perasmian Penutupan 
06 April 2017 ( Khamis)
Oleh Pn. Rozalinah Said ( Ketua Unit Bahasa) –Wakil PPDT

PENGENALAN KM1M (APA ITU KM1M?)

Kem Membaca 1 Malaysia  merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.
Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini.

MATLAMAT KM1M
  • Memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid.
SASARAN
  • Semua murid tahun 1 – tahun 6
OBJEKTIF KM1M
  • Membina dan mengukuh budaya membaca di kalangan pelajar.
  • Menanam sikap menghargai dan cintakan buku.
  • Pembelajaran secara didik hibur di luar kelas melalui aktiviti – aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan.








Monday 13 March 2017

Pelancaran Program NILAM , Jom membaca & Pelantikan Perdana Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Pusat Akses, Pengawas Sekolah & Pembimbimg Rakan Sebaya Sekolah

Tarikh : 13 Mac 2017 (Isnin)
Tempat : Dewan Terbuka Sk Holy Trinity
Dilancarakn oleh Penolong Kanan Pentadbiran , Pn Emilysia Chuan


Pengenalan.
NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk

Objektif
1. Meningkatkan minat membaca yang berterusan.

1. Mewujudkan persekitaran yang kondusi dan sudut bacaan yang sesuai untuk  pembacaan di kawasan sekolah.

3. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.

4. Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat- sifat kepimpinan.



Lawatan Pengawas & Ajk Pusat sumber sekolah ke Perpustakaan Wilayah Tawau.

RASIONAL

Lawatan sambil belajar Pengawas Pusat Sumber Sekolah seramai 22 orang pelajar yang juga merupakan Ahli Kelab Pusat Sumber Sekolah dan 6 orang guru pengiring  yang terdiri daripada Ajk Pss. Lawatan ini merupakan satu pendekatan pengurusan pusat sumber dan pengetahuan literasi maklumat. Oleh itu, aktiviti ini merupakan aktiviti kokurikulum bagi pelajar yang terlibat. Semoga aktiviti sebegini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan murid dan merangsang semangat ingin terus belajar dan seterusnya berjaya dalam apa jua aktiviti dan penglibatan mereka.

OBJEKTIF

Diharapkan selepas  menjalankan lawatan ini, murid-murid dapat :

a.Menarik minat dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan dan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat dan cita-cita mereka.
b.Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan untuk melahirkan pelajar berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam merebut peluang dalam bidang pertahanan awam.
c.Melahirkan murid-murid yang berilmu berketerampilan dalam bidang sains serta teknologi.

AHLI JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

Pengerusi
Emilysia Chuan
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Memangku Guru Besar
Naib Pengerusi
Nur Arina Lojiwin
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha
Irebeh Sabara ( Ketua Rombongan)
Keselamatan
Noor Baizura Abd Karim
AJK Dokumentasi
Huda Hj. Zulkifli
AJK Pengangkutan
Rohaya Saad
Disiplin
Fetti Erniza M. Aminullah
Nurul Fareha Mustafa Bakely

















SASARAN

Pelajar : Tahap 2 (Pengawas Pusat Sumber Sekolah seramai 22 orang pelajar)
Guru : 06 orang
Jumlah Peserta : 28 orang

KANDUNGAN PROGRAM LAWATAN

i) Pendedahan tentang pengurusan dan literasi maklumat
ii) Menambahkan pengetahuan mengurus pusat sumber sekolah.





Monday 6 February 2017

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah

SK Holy Trinity dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah mengadakan program Jom Ke Sekolah pada hari ini serentak di semua sekolah di seluruh negara. Majlis Pelancaran Peringkat sekolah Holy Trinity telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu SM Amran Sulaiman dari Cawangan Narkotik IPD Tawau. Beliau daripada pihak keselamatan telah membaca perutusan khas daripada ketua Polis Negara.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran pula membaca perutusan daripada Menteri pendidikan Malaysia.